Saturday, October 17, 2009

1 Malaysia Harapan Negara. Cabaran Kepada Pemuda Negara.

Selepas pilihanraya umum ke 12 kita dapat melihat perpaduan yang sekian lama dipupuk diantara kaum mula retak. Satu demi satu peristiwa yang membabitkan pertelingkahan kaum berlaku. Inilah akibatnya jika parti politik memainkan sentimen perkauman ketika berkempen dalam pilihan raya umum ke 12. Dengan kaum melayu, cina dan india dihina. Didepan kaum cina, melayu dan india di hina dan depan kaum india, cina dan melayu dihina. Semuanya gara-gara ingin dilihat sebagai hero kaum- kaum tebabit dan akhirnya rakyat terpengaruh calon jadi jaguh. Perpaduan yang diterapkan sekian lama pemimpin-pemimpin negara akhirnya lebur begitu sahaja. Peristiwa 13 MEi 1969 tidak mustahil berlaku jika sentimen perkauman terus dimainkan oleh parti politik yang berfikiran sempit dan gila kuasa.

Alhamdulillah, saya merasa bersyukur Malaysia diberikan pemimpin negara yang berjiwa rakyat dan berakal sihat. Konsep satu Malaysia diterap agar perpaduan kaum dapat diperkukuhkan. Satu demi satu bukti bahawa kaum lain tidak pernah ditindas dan dinafikan haknya diperlihatkan untuk menutup fitnah yang dilempar pihak yang dilihat tidak senang dengan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian selama ini. Dari isu pemberian biasiswa, pekerjaan, pendidikan dan ekonomi memperlihatkan bahawa semua kaum diberi hak dan dilibatkan bersama. Malah ada diantaranya dimonopoli kaum bukan melayu. Dalam kerajaan membantu kaum bumiputera yang merupakan majoriti di negara ini dan masih lagi ketinggalan dalam banyak aspek, kerajaan tidak pernah lupa akan hak bukan bumiputera.

Jadi kenapa pula sentimen perkauman dipermainkan? Jawapannya mudah, perpaduan adalah tunggak kejayaan negara. Jika ianya dihancurkan maka negara bakal huruhara, demontrasi berleluasa, rusuhan melanda, ekonomi negara bakal runtuh dan akhirnya kerajaan dilihat gagal dalam pentadbirannya dan ditolak rakyat. Inilah yang mahu dilihat oleh pihak yang ingin merebut kuasa. Maruah dicanai, negara tergadai. Hanya gara-gara ingin memenuhi kehendak individu tertentu merebut jawatan nombor satu. Orang muda yang merupakan golongan yang senang terpedaya diikat irat-irat dengan janji palsu dan pembohongan. Akhirnya golongan yang diharap menjadi penggerak kejayaan negara menjadi musuh negara. Pemimpin negara dicerca, mufti yang merupakan golongan berkecuali dan tidak memihak dihina hanya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak mengikut citarasa mereka. Paling menyedihkan, Institusi beraja yang dilihat sebagai payung negara dikhianati. Dimana maruah kita sebagai pemuda? dimana akal kita sebagai orang terpelajar? kenapa kita rela dipermainkan dan menjadi boneka pihak yang nakkan kuasa? tahukah kita yang perbuatan itu berdosa. fikir- fikirkanlah wahai pemuda pemudi harapan bangsa dan negara.

Satu Malaysia kini dilancar untuk mengembalikan perpaduan dikalangan rakyat. Cabaran dilontar,janji diberi, sahutan diminta. Jadi marilah kita bersama-sama berjuang untuk mengembalikan perpaduan negara. Kembalikan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini. Kembalikan dan pertahankan maruah Raja kita, kembalilah kita menghormati pemimpin seperti mana dituntut di dalam islam. Kerajaan kini menjanjikan perubahan, maka berilah peluang yang tak berbelah bagi kepada mereka yang telah banyak berjasa. Buktikan yang kita sebagai pemuda dan pemudi negara mampu berjuang bersama-sama pemimpin memajukan negara. Tolak golongan yang hanya ingin mempergunakan kita untuk merebut kuasa. Pemuda Malaysia berjiwa kental, berfikiran waras, taat kepada agama, tidak mudah diperguna dan tidak mudah terpedaya. Satu Malaysia harapan negara. Bersama kita jayakannya.

Salam 1 Malaysia,
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.



No comments: