Monday, February 1, 2010

Kenapa perlu Saka Pelaris

Agak pelik kenapa orang melayu terutama yang terlibat dalam business restaurant ni suka sangat guna benda2 syirik untuk melariskan jualan dan dapat untung lebih.
Antara cerita yang saya pernah dengar ialah dengan menggunakan Saka pelaris. Bila pemilik kedai atau restaurant ini menggunakan saka pelaris ini, makanan yang dijual rasa sedap je...ramai pelanggan datang kerana kelazatan makanan yang di jual..namun, apabila ada pelanggan yang membeli makanan untuk dibawa pulang, makanan itu tidak akan sesedap seperti makan di restaurant tersebut. pendek kata, makanan tu akan sedap bila makan kat restaurant dia..tak terfikirkah mereka bahawa apa yang bakal menanti di masa hadapan..apa yang akan berlaku jika meraka sudah tua dan tidak lagi menjalan kan perniagaan ini..bagaimana mereka mahu membuang saka ini..tidakkah mereka tahu bahawa perbuatan ini mengundang kepada kufur atau syirik yang mana dosa mereka tidak diampunkan Allah..tidakkah mereka sedar bahawa setiap dosa yg dilakukan bakal mendapat balasan dari Allah...

kepada sesiapa yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan..Hindari diri anda dalam perbuatan syirik ini..Sesungguhnya pertolongan yang sebaik2nya adalah datangnya dari Allah. Mintalah pertolongan dari Allah Tuhan yang menentukan dan memberikan rezeki kepada setiap hamba ciptaannya.