Thursday, December 24, 2009

Punca Kenapa Kita Malas Belajar.....

lama dah tak post artikal baru kat blog nie...lepas kita kaji kenapa kemalangan jalan raya sering berlaku..skang nie kita kaji lak kenapa kita malas nak belajar...banyak faktor2 yg menjadi penyebabnya..jom tgk..


1. Hasutan syaitan..

Haa..syaitan ni mmg kene letak nombor 1...ni la raja segala punca manusia malas nak belajar. Dah nama je musuh nombor satu bagi manusia. Time kita baca buku tu la dia dtg duk kacau. Tup2 kita rasa nak tgk tv la, ngantuk la, yg selalu jadi " ala..masa banyak lagi, jap lagi la belajar.." lepas tu sampai subuh esoknya tak jadi2 nak belajar. so, kita kene ambil langkah proaktif untuk menjauhkan diri dari syaitan semasa kita nak belajar antaranya baca la doa sebelum blaja...doa ni kalau boleh hafal la..pendek je...biar syaitan tu makan hati tgk kita belajar..


2. TV

TV ni pon leh buat org malas nak belajar, apatah lagi kalau kat umah tu ada astro dan dvd player. mmg masa penuh terluang depan tv la jawabnya. pukul 8 pagi memula dia bukak tv3 tgk la selamat pagi malaysia lepas tu membawak ke sinetron la, slot akasia la..abis je  tv3 dia bukak lak astro duk tgk raja lawak, akedemi fantasia, sehati berdansa bak kata makcik kat astro tu..mcm2 ada..kalau dah takder sgt citer menarik kat tv tu..dia bukak pulak dvd..last2 tgk jam dah kul 11 mlm..time tido...bila plak nak blaja? hurmmm...tv nie gak la penyebab kita tak kuar rumah time raya..banyak sgt citer menarik nak tgk sepanjang raya....adoi..org dtg rumah pon rasa malas je nak layan...

3. Game

Teknologi sekarang ni dah canggih, kat mana2 pon kita boleh main game. kat tandas tgh lepaskan apa yg sepatutnya dilepaskan pon kita leh gak main game..kat tipon sekarang pon dah ade game..alamatnya, baca buku 5 minit..main game setengah jam...tu belum kira masa kita tgh tunggu bas ke, kawan ke waktu2 terluang..jgn harapla nak baca buku kalau tipon dah ade kat tgn...main game la jawabnye..hehe..

4. Bercinta


haa..ape senyum2..nie mesti korang tgh bercinta ni..haha..tp bercinta time belajar ni boleh juga mengganggu tumpuan..mcm mana la tak ganggu kalau kat sekolah, kat umah, kat buku kat tv kat pinggan semua duk ada bayang awek atau pakwe dia..kalau tipon couple dia tu kalau boleh sampai habis credit...kalau tak abis mcm tak puas je bercakap..tu belom kira sms, time nak berdating, dll....paling mengganggu pelajaran bila putus cinta...mula la nak bunuh diri la, tak lalu makan la..masa depan gelap la..dah takde hati nak belajar la..tup2 pelajaran terabai...tapi tak semua pasangan bercinta tu malas belajar..yg bijak tu dia janji sama2 nak masuk universiti..blaja sama2..kalau mcm nie takpe....

5.Diri Sendiri..


kalau dah mmg sikap kita malas nak belajar malas la jawabnya. ni pon satu punca gak nie..suruh g sekolah malas, suruh g kuliah malas, g labrary jangan harap la..kat umah nak baca buku rasa mcm nak nangis je..disbb kan terlalu malas nak belajar siap mak dia belikan vcd yg leh tgk gambar pastu ade org terangkan..pon malas gak..kalau mcm nie punya malas tak leh nak kata apa la..tapi sikap ini boleh diubah..doa adalah salah satu cara yg terbaik.. mak bapak perlu sentiasa berdoa agar anak2 mereka ini diberikan petunjuk dan sifat2 yg terpuji..jgn putus asa berdoa..insyaallah berhasil..jgn pulak mak bapak pon ikut malas...kalau mcm nie..tak dpt la nak tolong..gelap la masa depan..hurmmm.

kalau ada dari kalangan anda nak tambah sila2..

Sunday, October 18, 2009

Kemalangan Jalan Raya...Jom Selidik...

Tiap-tiap kali tengok berita mesti ade je cerita pasal kemalangan. Makin hangat bila time raya tiba. Kalau boleh dari mula sampai akhir berita kemalangan jalan raya je. Apelah agaknye puncanya. Kesian polis, asyik dipersalahkan je padahal bukan salah mereka. Jom kite selidik ape puncanya.


  • Salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah bawa kereta laju-laju. Kalau boleh jarum meter tu mesti kene cecah nombor akhir yang paling kanan. Kalau tak cecah nombor tu rasa macam tak layak je ade lesen kereta. Ditambah pulak kalau kereta yang dipandu tu kereta mahal, kat depan tu kereta kecik je, tak pon kereta depan tu tampal huruf "P". Mula la nak tunjuk hebat. Last-last terbongkang dekat parit sebabnya tak dapat kawal kereta.
  • Selain dari tu, kita banyak dengar pasal bab potong memotong barisan ni. Kalau jalan raya tu ada dua line boleh jadi sampai 3-4 line. Yang pelik, dekat lebuh raya yang ada 4-5 line pon ade gak line baru. Pelik2.Yang memotong barisan suka hati, yang ikut barisan makan hati. Kalau yang tak leh tahan marah siap la kereta yang potong barisan tu dia ajar. Tup2 berlanggar. Dah susah.
  • Sering kali kita dengar kematian yang berlaku akibat kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kecederaan teruk di kepala. Inilah sebabnya pihak berkuasa tak berhenti henti bagi tau pakai topi keledar, pakai tali pinggang keledar. Kita buat tak tau je. Ada tu, yang dah dengar kata tapi pakai topi keledar tak ikat betul2. Tup2 kemalangan, topi keledar melayang kepala terhantuk kat jalan raya. Dah retak tengkorak kepala tu.
  • Kadang-kadang rasa pelik kenapa jalan raya yang dah terpampang besar "selekoh berbahaya", dan "kawasan kemalangan" kat situ juga la yang selalu berlaku kemalangan. Kalau boleh, lepas baca papan tanda selekoh berbahaya tu lagi nak bawak kete laju2. Konon2 nak tunjuk hebat, tup2 terlajak ke jalan bertentangan dah kene lenyek ngan lori. Tak pon kereta terbalik masuk gaung. Naik lagi statistik jalan raya di Malaysia.
  • Geram ada seram pon ada bila lihat lori atau bas memandu laju-laju. Kalau memotong kereta kancil, siap boleh terbalik kereta tu dibuatnya. Lepas tu, tak boleh kawal kenderaan, terbabas masuk gaung. Kalau kemalangan sorang2 takpe ni dia seret kereta, motor dan lain2 yang boleh diseret. Dah yang tak bersalah pon terbabit sama.

Jika ada punca lain yang ingin dikongsi, silakan.
Sebagai golongan muda yang bakal menjadi pengguna jalan raya, marilah kita menjadi pengguna jalan raya yang berhemat dan bertimbangrasa. Mari kita sama-sama membantu kerajaan menangani masalah kemalangan jalan raya di Malaysia ini.

Salam 1 Malaysia,
Pemuda Gemilang, Negara Terbilang.

Jom Bantu Jiran Kita Yang ditimpa Bencana

Marilah sama-sama kita membantu jiran negara kita di Indonesia, Vietnam, Filipina and Samoa yang ditimpa bencana.

Hulurkan sumbangan anda ke:
Maklumat untuk menderma boleh didapati di laman web berita harian. Clik je link berita harian kat tepi tu...

Untuk pengguna celcom, sumbangan ke Tabung Bencana NSTP boleh dibuat melalui sms:

Taip "DERMA" dan hantarkan ke 21999. Satu sms, anda menyumbang sebanyak RM1

Rakyat Malaysia Pemurah..Hulurkan bantuan anda..

Saturday, October 17, 2009

1 Malaysia Harapan Negara. Cabaran Kepada Pemuda Negara.

Selepas pilihanraya umum ke 12 kita dapat melihat perpaduan yang sekian lama dipupuk diantara kaum mula retak. Satu demi satu peristiwa yang membabitkan pertelingkahan kaum berlaku. Inilah akibatnya jika parti politik memainkan sentimen perkauman ketika berkempen dalam pilihan raya umum ke 12. Dengan kaum melayu, cina dan india dihina. Didepan kaum cina, melayu dan india di hina dan depan kaum india, cina dan melayu dihina. Semuanya gara-gara ingin dilihat sebagai hero kaum- kaum tebabit dan akhirnya rakyat terpengaruh calon jadi jaguh. Perpaduan yang diterapkan sekian lama pemimpin-pemimpin negara akhirnya lebur begitu sahaja. Peristiwa 13 MEi 1969 tidak mustahil berlaku jika sentimen perkauman terus dimainkan oleh parti politik yang berfikiran sempit dan gila kuasa.

Alhamdulillah, saya merasa bersyukur Malaysia diberikan pemimpin negara yang berjiwa rakyat dan berakal sihat. Konsep satu Malaysia diterap agar perpaduan kaum dapat diperkukuhkan. Satu demi satu bukti bahawa kaum lain tidak pernah ditindas dan dinafikan haknya diperlihatkan untuk menutup fitnah yang dilempar pihak yang dilihat tidak senang dengan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian selama ini. Dari isu pemberian biasiswa, pekerjaan, pendidikan dan ekonomi memperlihatkan bahawa semua kaum diberi hak dan dilibatkan bersama. Malah ada diantaranya dimonopoli kaum bukan melayu. Dalam kerajaan membantu kaum bumiputera yang merupakan majoriti di negara ini dan masih lagi ketinggalan dalam banyak aspek, kerajaan tidak pernah lupa akan hak bukan bumiputera.

Jadi kenapa pula sentimen perkauman dipermainkan? Jawapannya mudah, perpaduan adalah tunggak kejayaan negara. Jika ianya dihancurkan maka negara bakal huruhara, demontrasi berleluasa, rusuhan melanda, ekonomi negara bakal runtuh dan akhirnya kerajaan dilihat gagal dalam pentadbirannya dan ditolak rakyat. Inilah yang mahu dilihat oleh pihak yang ingin merebut kuasa. Maruah dicanai, negara tergadai. Hanya gara-gara ingin memenuhi kehendak individu tertentu merebut jawatan nombor satu. Orang muda yang merupakan golongan yang senang terpedaya diikat irat-irat dengan janji palsu dan pembohongan. Akhirnya golongan yang diharap menjadi penggerak kejayaan negara menjadi musuh negara. Pemimpin negara dicerca, mufti yang merupakan golongan berkecuali dan tidak memihak dihina hanya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak mengikut citarasa mereka. Paling menyedihkan, Institusi beraja yang dilihat sebagai payung negara dikhianati. Dimana maruah kita sebagai pemuda? dimana akal kita sebagai orang terpelajar? kenapa kita rela dipermainkan dan menjadi boneka pihak yang nakkan kuasa? tahukah kita yang perbuatan itu berdosa. fikir- fikirkanlah wahai pemuda pemudi harapan bangsa dan negara.

Satu Malaysia kini dilancar untuk mengembalikan perpaduan dikalangan rakyat. Cabaran dilontar,janji diberi, sahutan diminta. Jadi marilah kita bersama-sama berjuang untuk mengembalikan perpaduan negara. Kembalikan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini. Kembalikan dan pertahankan maruah Raja kita, kembalilah kita menghormati pemimpin seperti mana dituntut di dalam islam. Kerajaan kini menjanjikan perubahan, maka berilah peluang yang tak berbelah bagi kepada mereka yang telah banyak berjasa. Buktikan yang kita sebagai pemuda dan pemudi negara mampu berjuang bersama-sama pemimpin memajukan negara. Tolak golongan yang hanya ingin mempergunakan kita untuk merebut kuasa. Pemuda Malaysia berjiwa kental, berfikiran waras, taat kepada agama, tidak mudah diperguna dan tidak mudah terpedaya. Satu Malaysia harapan negara. Bersama kita jayakannya.

Salam 1 Malaysia,
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.