Wednesday, January 27, 2010

Nak tau bila waktu2 syaitan menangis...

1. Ketika mereka dilaknat oleh Allah, yakni dicap sebagai kafir dan dipastikan masuk neraka

2. Ketika syaitan ini diturunkan ke dunia kerana ingkar perintah Allah

3. Ketika Rasullullah S.A.W dilahirkan ke dunia

4. Ketika Diturunkan Surah al- Fatihah

Disebabkan itu, mereka berusaha nak sesatkan manusia agar manusia ini menangis seperti mereka ketika dicampakkan ke neraka kelak. Bila manusia melakukan maksiat mereka merasa senang dan jika manusia berbuat kebaikan syaitan-syaitan ini akan bersedih. Jadi tanya kepada diri anda, samada mahu buat syaitan ini menangis atau gembira?


Bila Agaknya Syaitan Ni Berkeliaran?

Rasullullah bersabda:

Apabila sudah mulai masuk waktu malam atau berada pada waktu petang, maka tahanlah anak-anak kamu kerana syaitan-syaitan bertebaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka lepaskanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci.

Berdasarkan hadis Rasullullah ini, tahulah kita bahawa syaitan ni suka merayap atau berkeliaran diwaktu malam iaitu menjelang masuknya waktu maghrib. Kepada ibu bapa, mereka perlulah segera bawak masuk anak2 mereka bila hari dah nak gelap atau maghrib sbb time nie syaitan keluar ke jalan-jalan, padang permainan dan halaman rumah. Kanak-kanak adalah sasaran syaitan2 nie. Kanak2 yg diganggu selalunya akan mudah terkena penyakit. Bila nak masuk tidur tu, tutup la tingkap dan pintu dikunci sambil menyebut nama Allah atau berzikir.

So, lepas ni jangan merayau rayau kat luar bila maghrib menjelang tiba.
Salam..




Monday, January 25, 2010

Surah Al Quran yang dapat menghindari gangguan syaitan

Syaitan adalah musuh yg nyata bagi manusia...mereka nie tak jemu2 nak ganggu kehidupan manusia..pendek kata selagi manusia tu tak sesat atau tak buat dosa selagi tu la dia duk kacau...oleh disebabkan itu, saya bagi beberapa ayat AL-Quran yang dapat menghindari diri dari gangguan syaitan dan jin berdasarkan keterangan beberapa riwayat, hadis dan pengalaman para sahabat, tabiin.


1. Surah Al Fatihah

2. Surah Al- Baqarah

Rasullullah bersabda:
Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak dimasuki syaitan.

3. Surah akhir Al-Baqarah (ayat 285-286)

Diriwayatkan oleh Tirmizi dari hadis Abu Sa'id Al Ansariy, katanya Rasullullah SAW bersabda:
sesiapa yang membaca dua ayat dari surah Al Baqarah pada waktu malam maka memadailah kepadanya.

(yang dimaksudkan memadailah kepadanya ialah menjaganya pada malam itu dari sesuatu yang akan menyakitinya).

4. Surah Ali Imran (ayat 18)

5. Surah Al A'raf (ayat 54)

6. Surah Al Shaffat (ayat 1-10)

7. Surah Al Mukminun (ayat 115-118)

8. Surah Al Hasyr (ayat 23-24)

9. Surah Al Jin (ayat 3)

10. Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq, Surah Al Nas

surah ini dapat membantu dari segala bisikan syaitan dan melindungi diri daripada gangguan yang boleh menimbulkan bahaya

Hadis daripada Abdullah bin Khubaib beliau berkata: "Pada suatu malam yang gelap gelita, ketika hujan lebat, kami menemui Rasullullah SAW serta memohon kepadanya agar beliau bersedia solat berjemaah bersama kami. Maka beliau berkata: "Bacalah." Tetapi kami tidak membaca apa pun. Kemudian beliau berkata lagi : " Bacalah tiga Qul sebanyak tiga kali apabila kamu sudah masuk pada waktu malam, nescaya kamu akan dilindungi dari segala sesuatu.

11. Surah Al Mukmin (ayat 1-3), Surah Kursi

banyak hadis menerangkan kelebihan ayat Kursi bertujuan untuk menjaga diri, keluarga, rumah tangga dan harta benda.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasullullah bersabda:
Sesiapa yang membaca awal surah Al Mukmin sampai Ilaihil Masir (ayat 3) dan membaca ayat Kursi pada waktu pagi, bererti dia akan terpelihara sampai petang. Sesiapa yang membacanya pada waktu petang, maka dia akan terpelihara sampai pagi.


Surah untuk menghalau Jin atau Syaitan.

Surah Al Isra' ayat 45-46

terdapat makhluk jin yang suka menghuni sesuatu tempat dan tidak mahu berpindah ke tempat lain. Insyaallah, jika dibacakan ayat ini makluk jin atau syaitan akan pergi dari tempat tersebut. (baca ayat ini di tempat yg dihuni mahkluk tersebut.)

Sama-samalah kita membaca dan mengamalkan ayat2 suci Al-Quran. Tidak perlu berjumpa bomoh atau pawang yang mengamalkan ilmu hitam dan sesat kerana ianya boleh menyebabkan kita jatuh kufur. maka sewajarnya kita meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah Tuhan Yang Maha Esa..